Sunday, January 24, 2010

Makan - Makan....


Saat sebelum akak aku nak balik jb , aku singgah makan kat downtown cheras,
Makanan porpular kat situ ape ag, Ayam Kampung la kan...
Akak aku yang blanja aku on je..
heheh..
thanks akak ku...

Saturday, January 23, 2010

Jom Petrosains....






Ni gambar terbaru. Gambar ni kat Petrosains KLCC..
Fuh best gak tempat ni..
Macam2 le belajar kat sini...
Dah lama duk KL ni tapi ni la first time aku jejak ke Petrosains..
Heheheh... Petrosains ni bukan sahaja kite belajar sains je..
Pengenalan mengenai Malaysia juga di terangkan..
Bagus jugak benda ni.. Pelancong asing boleh tahu ape itu Malaysia..
Tak rugi la klau masuk Petrosains ni..
Sambil kite jalan - jalan sambil - sambil jugak kite belajar...
Hampir 3 jam aku berjalan kat dalam 2 tp memang berbaloi..
Anak sedara saya tue HARIS suka gile pergi tempat tue..
Pasni le aku bawak kat tempat lain pulak..
Insyaallah tahun depan...

Thursday, January 21, 2010

Ketika Cinta Bertasbih


Aku baru selesai tengok cite dari seberang ni. Bagi pandangan aku cite best tapi ending dia macam tergantung pulak... Cite ni Berkisah Seorang Hamba Allah ni bernama Abdullah khairuel Azzam ingin mencari jodoh yang ingin dilamarnya. Cinta Azzam ni berputik semenjak beliau belajar di Kaerah , Mesir . Jalan cerita ni mudah difahami. Yang best nye cerita cinta ini mempunyai ciri keislaman yang mendalam. Kalau nak mengetahui cerita ini lebih lanjut , carila cerita ini.. wassalam

Sunday, January 17, 2010

Adnan Sempit



Ha ni cite melayu yang terbaru saya tgk..
Lokasi saya tengok cite ni di GSC Leisure Mall Cheras
Memang Besh giler cite ni..
Ade unsur lawak , romantis dan ade unsur2 rempit la..
Satu panggung tak henti-henti gelak je
Termasuk saya dan kawan. heheheh
Cite ni macam sambungan cite Rem-IT...
Pelakon2 dia mantap... Puas hati la bile tengok cite ni..
Tp thanks kepada Kawan baru saya tue shira namenya..
susah2 je blanja saya tgk wayang n blanja junk food skit..
Ok...Layannn....

Tempahan Khas Perkahwinan


Assalamualaikum... Ha.. kepada kakak saya yang berada di Pasir Gudang , Johor. Ini adalah sample gambar cupcake yang member nak tue.. Cuma ubah nama sahaja... tulis "MAJLIS PERKAHWINAN" . Kat bawah nama "MAJLIS PERKAHWINAN" , tulis nama Yusof & Elina . Warna corak cupcake nie warna maroon.. Harga bagitau ea... Tarikh ambil 5hb feb 2010.. kenduri 7hb feb 2010...

Percubaan Pertama Jual Cheese Tart


Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi, tercapai juga aku menjual cheese tart akak aku di Kuala Lumpur.. Sambutan sangat memberansangkan.... Diluar jangkaan aku.. aku ingat xde orang nak beli.. Rezeki katekan.. klau kite xusaha susah jgk kan???
Klau mcm ni leh bukak gerai kat masjid jamek ni..hehhehe..

AJL Finale Meletop!!!


Kemenangan Aizat menerusi lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan Amran Omar, yang ditujukan khas kepada Allahyarham Yasmin Ahmad, diumumkan tiga pengacara iaitu Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

Aizat, 20, turut mengungguli kategori persembahan terbaik menerusi satu lagi lagu ciptaannya iaitu Kau dan Aku.

AJL24 kali ini memperkenalkan format terbuka tanpa sebarang kategori.

Selaku juara, Aizat memenangi hadiah wang tunai RM35,000 dan RM10,000 lagi untuk persembahan terbaik.

Tempat kedua dimenang Yuna yang menyampaikan lagu Dan Sebenarnya, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga dimenangi Faizal Tahir dengan hadiah wang tunai RM12,000 menerusi lagu Bencinta.

Untuk vokal terbaik yang menawar hadiah RM10,000 dimenangi Black yang tampil dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu.

Sebanyak 14 lagu dipertandingkan dan kemenangan Aizat sekali gus menewaskan lagu lain yang bertanding termasuk Aku Skandal (Hujan), Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah), Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy), Masih Jelas (Hafiz), Rindu Terhenti (Tomok), Situasi (Bunkface), Aurora (Estranged), Cinta Adam dan Hawa (Misha Omar).

Semua persembahan peserta dinilai lapan juri profesional iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Dr Said Ahmad Faizal (Pacai), Dr Wan Zawawi, Fatimah Abu Bakar, Zainal Abidin, Hazami dan Fauzi Marzuki sebagai ketua juri.

Mengulas kejayaannya, Aizat berkata, kemenangan ini memberi makna mendalam dan menjadi hadiah hari jadi pada 21 Januari ini.

"Syukur kepada Allah dan semua peminat yang menyokong industri muzik Malaysia," katanya.

Kereta Oh Kereta

Dah lama xupdate blog nie..naik bersawang dah..hehehhe
Maklumla bz sejak blk kg..
Balik kampung tahun naik naik kete baru...heheh
tawakal je aku beli ni...
ni gamba keereta baru ku...
time ni blom tukar sport rim ag...
nnt aku update gambar kete aku pakai sport rim..

Hujung Mingguku Yang Penat

Fuh..ari ni penat sikit sbb aku tolong member aku nak pindah..
penat2 pon tp syok gak klau wat skali skala...
dah lama x bersenam..heheheh...main futsal pon dh jarang skarang...
Sementara nak amik barang kat umah akak member aku ni..aku dgn membe aku yem
lepak2 kat umah akak membe aku ni..
sempat posing kat umah dia..heheheh...
sebelom g tempat yang dituju..aku dgn member dijamu sedikit juadah..
alhamdulilah...ni dia juadah kami..
air sirap + chess cake dgn coklat kek

Di malam hari plak..aku lepak kat downtown cheras..
member ajak lepak situ, aku dgn member aku dtgla ke downtown..
org blanja aku ngap jela...kerang bakar xsempat aku amik gambar..tp mmg sedap gler...
Sebelom aku balik..aku singgah la downtown jap beli minyak wangi..
ala murah aje...tp bau dia ok la...
aku nk beli mahal xde bajet..kete aku nak kuar dh ari isnin or selasa ni,
kate agen tue tggu no pendaftaran..nnt aku upload gambar kete aku ye...
ni gambar botol minyak wangi aku beli. POLO BLUE

Aktiviti di hujung Minggu ku

Dah lama aku xkuar jalan2 kat bandar kl waktu malam...
ni lah peluang aku bersiang2 kat kl ni...
bukan ape..malas nak bertembung dgn roadblock...
banyak songeh plak nnt...
Aku gi bandar kl ni pon ade sbb, member aku si yem ni nak cari jersi Barcelona,
akhirnya dapat gak.Harga Rm35 rasa nya..beli kat bukit bintang tue..hehhehe.
aku baik2 xnak beli ape2...aku le terpikat lak kat swearter ni.
Mula2 mamat kedai ni letak rm120..mahal nak mampos..aq minta kurang2..
last2 dapatla harga rm60...save aku..nak tipu aku xle la..
Ni plak keadaan kat bukit bintang di waktu malam...

Hujan Oh Hujan



Hari ini hari sabtu, hari minggu...
ingat nak plan g jalan2 kat kl..tp hujan pulak...
terpaksala batal hasrat aku ni...
Perot pulak asyik berbunyi je..krok2...
lapar rasanya...aku dengan membe aku singgah la ke medan selera kat
downtown cheras...gerai ni famous dgn ayam kampungnya...tp aku xmakan lah..
takut mahal wooo..
aku cuma makan ini aje...
nasi putih+hati ayam goreng kunyit+sambal ikan bilis goreng kering dan arca nenas sikit..
nasib baik murah aku makan kali ni..baru rm3.50...kalau ada ayam kampung,paling koman kena rm7.00..nak bajet..kat atas tu la keadaan dan ape aku mkn...

hari yang bosan




Hari ni hari jumaat....cuti...
Semperna awal muharam iaitu tahun baru islam..ape azam aq ek...hehehe..xwat azam agla..
Hari ni aktiviti aku cuma pergi servis moto lc aku tue,kena RM70..
Tue pon hanya tukar minyak hitam shell vsx, filter, spark plug,lining brek belakang.
Ngah lepak2 kat kedai moto, ade cina bengkel nie minat kat coverset moto lc aku ni..al-maklumlah disign mcm moto Valentino Rossi..heheheh.
Pas2 time nak balik le ujan lak kat taman midah.kete kat jalan le jalan lembab plak
mcm dengki aq je...
hampir2 nak lencun aq..
..dh terpaksa aku melepak kat restoran mamak al-amal kat bandar tun razak, kl
Sempat aku order teh panas dgn roti canai sekeping..erkk!!!alhamdulillah..
ngah sedap menikmati teh panas dgn roti canai, member aku call aq..
Member aq ajak g Karaoke kat Gaint Counnout..
best...
ade awek kat situ....hhehehe